Posted by: shazrezam | June 15, 2009

Wedding Photographer’s Rhapsody

Am I a  photographer? No. But, I do consider myself as wedding photographer. And I’m not ashame of it. What to be ashame of in the first place, huh? Malu  guna kamera murah? Nak kena malu sebab flash chap ayam? Segan sebab pakai kit-lens jer?

Aiyyooo…

Fikir macam ni lah. Anggap dunia wedding photographer ni macam dunia bola sepak. Macam-macam jenis player bola sepak ada. Ada yg hebat, ada yang ‘chap kodi’, ada yang decent, ada yang jenis main cantik, ada yang jenis main direct, ada yang main lebih kurang jer, dan macam-macam jenis lagi lah. Dan diorang dibayar gaji mengikut kemampuan diorang lah. Ada yang dibayar beratus ribu pound seminggu, ada yang dibayar ribu-ribu pound jer seminggu. Padahal diorang turun padang berbekalkan just baju, short, stocking, pad lutut (dan groin pad utk sesetengah player, kehkehkeh) dan kasut bola. Tapi, kenapa bayaran diorang berbeza? Skill diorang lah sebabnya, duh.

Wedding photographers, there are the pros one who have the skills, the equipments, and the great final products, and they charge accordingly lah. That’s why when people want to hire wedding photographer yang hebat-hebat, people must ready to melabur lebih lah. For better service, you must ready to bayar lebih lah. There’s no other way around.

Aku ni, walaupun aku just pakai kamera dslr beginner level, guna kitlens jer, pakai flash chap ayam jer, aku still consider aku ni wedding photographer. Kalau dalam dunia bola sepak, kalau dalam Liga Inggeris, aku ni player dalam divisyen 2 atau 3 lah. Dan walaupun dalam divisyen corot pun, aku still dibayar gaji atas kemampuan aku, skill aku. Dalam dunia wedding photography ni, disebabkan skill aku yang tak seberapa, peralatan yang aku guna pun still dalam level beginner, aku charge lah accordingly. Walaupun aku dalam kategori beginner, aku berani utk mengatakan diri aku ni wedding photographer. Macam player bola jugak, walau dalam divisyen 3 sekali pun, diorang still called as footbal player.

Walaupun aku duk ulang yang aku ni dalam level beginner dalam dunia wedding photography, tetapi aku yakin aku mampu bagi kepuasan kepada customer aku. Aku tahu ayat aku ni macam bagus jer bunyi, tapi kita kena yakin dengan kemampuan kita. Macam aku, dengan skill dan peralatan yang aku ada sekarang ni, aku yakin aku mampu dapat hasilkan final product yg memuaskan utk customer yang mencari wedding photographer di dalam lingkungan bayaran seperti yang aku kenakan. Kalau orang nak cari kereta, aku ni ni kira kereta Proton Wira lah, kahkahkah. Ok per kereta Wira, heh heh heh.

Tapi, seperti pemain bola sepak divisyen 3 Liga Inggeris, adalah menjadi setiap impian mereka utk turut serta utk bermain di dalam Liga Perdana Inggeris. Begitu jugak aku. Harap, satu hari nanti aku berjaya jugak turut serta bermain di dalam ‘Liga Perdana Inggeris’   🙂

Btw, disebabkan blog ni, blog photo, kena lah jugok aku post sikit gambar. Kat bawah ni ada sikit gambar kahwin yang aku ‘tangkap’. Job utk wedding ni, aku dapat dari tukang pelamin. Jadi, aku tak dapat berurusan direct dengan customer lah. Bila tak dapat contact direct dengan customer, aku tak dapat kenal-kenal dulu dengan customer aku, so, aku tak dapat lah nak familiar kan aku dgn diorang sblm sessi wedding shoot. Jadinya, biasanya akan timbul awkwardness lah skit masa mula2 shooting. Kat situ pun aku dah rugi skit masa shooting. Akhirnya, tak byk lah gambar yg aku shot yg betul-betul aku puas hati. Oleh itu, aku nasihatkan lah, kpd sesape yang ter’stumble’ ke blog aku ni, kalau korang nak hire wedding photographer, lebih elok lah korang terus negotiate dgn photographer. Ini utk kebaikan anda semua jugak. Bila photographer dah comfortable dgn korang, dan yang lebih penting, korang dah comfortable dgn photographer, biasanya gambar yg dihasilkan akan lebih baik.

Ok, berikut adalah gambar yg di’shoot’ oleh ‘pemain bola sepak liga inggeris divisyen 3’, heh heh heh

Din & Are

Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan

5 Jun 2009


Din & Are

Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan

5 Jun 2009


Din & Are

Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan

5 Jun 2009


Zaid & Fara

Pasir Mas, Kelantan

4 Jun 2009


Zaid & Fara

Pasir Mas, Kelantan

4 Jun 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: